"1 SEKOLAH 1 BLOG KE ARAH TRANFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING"

Followers

Protected by Copyscape Online Plagiarism Test

Logo, Bendera , Lagu etc


LOGO SEKOLAH

Kunci = suatu alat yang akan membuka pintu kejayaan kepada para pelajar.
Roda = terletak di sebelah kanan kunci melambangkan kemajuan teknologi yang perlu dihadapi oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa agar tidak ketinggalan.
Buku = sumber ilmu yang perlu dimanfaat dalam meniti kejayaan yang cemerlang.
Selain lambang di atas, warna yang terdapat pada lencana juga memberi makna-makna tertentu.
Merah = ketrampilan
Biru = keazaman
Kuning = keceriaan
Putih = keikhlasan
Slogan Berilmu Beramal = ilmu yang dipelajari perlulah dikerjakan malahan disebarkan pula kepada orang lain agar kemajuan dapat dikecapi bersama.

BENDERA SEKOLAH


Bendera Sekolah
Bendera SMK Matang berukuran  75 cm x 112 cm.  Bendera ini mempunyai tiga warna khusus yang memberi makna tertentu.  Warna biru menandakan ketenangan dan lambang warna sekolah manakala warna kuning pula menggambarkan harapan agar sekolah sentiasa diberi perlindungan atau dipelihara dengan baik daripada sebarang yang berbentuk negatif.  Warna merah pula memberi kekuatan dan keberanian kepada pihak sekolah dalam menghadapi sebarang halangan atau kekangan.

SLOGAN

‘Pendidikan Luhur, SeMAT Tersohor’ merupakan kata-kata yang mengambarkan keikhlasan pihak sekolah ini dalam mencurahkan pelbagai ilmu bagi mendambakan keunggulan yang tiada tandingannya untuk para pelajarnya.  Pengembelingan usaha semua pihak  mampu membentuk insan kamil .

MOTO

SMK Matang memegang moto yang ringkas tapi berhikmah iaitu Berilmu  Beramal yang mengajar kita agar ilmu yang dimiliki mesti diamalkan dan diperturunkan kepada orang lain agar pengetahuan yang dimiliki boleh dikongsi bersama di samping dapat menikmati kecemerlangan masa depan yang gemilang.

VISI SeMAT

SeMAT berdaya saing tersohor menjelang 2013.

MISI SeMAT

Menyediakan pendidikan berkualiti melalui penguasaan ilmu duniawi dan ukhrawi, pemantapan iman dan penghayatan amalan untuk melahirkan modal insan kamil

LAGU SEKOLAH

Pencipta dan penulis lirik: En.Mohd.Taha bin Sali (Kaunselor Pelajar)
Rakaman muzik: En. Mohammad Ramiz bin Omar (RM ’iz Studio,Besut)

Sekolah mulia matang bestari,
Tempat putra putri berjasa,
Pemimpin dicerna insan berguna,
Itulah cita-cita mulia
Sekolah tercinta sekolah berjasa
Di sini tempat perjuangan
Akhlak unggul disiplin yang tinggi,
Itulah tonggak matang bestari
Sekolah tercinta sekolah berjasa
Di sini tempat perjuangan
Akhlak unggul disiplin yang tinggi,
Itulah tonggak matang bestari
Akhlak unggul disiplin yang tinggi,
Itulah tonggak matang bestari

LAGU SEKOLAH BESTARI (Jiwa & Minda)

Ciptaan & Gubahan : Anuar Dahalan

Bermula di sini
Hadapi cabaran dunia
Sehati sekata
Untuk jadi insan berjaya
Suasana harmoni
Menghormati menyayangi
Menggapai cita bintang kejora
Demi masa hadapan
Amal nilai murni
Dengan cara tersendiri
Didik jiwa minda
Berteraskan I.C.T
Sekolah Bestari
Namamu sentiasa di hati
Keranamu Malaysia
Sebangsa, bersama kita kecapi
Malaysiaku tercinta.
(Muzik)La..la..la..la..la..
Du..du..du..du..du..du(Ulang)
Menggapai cita bintang kejora
Demi masa hadapan
Amal nilai murni
Dengan cara tersendiri
Didik jiwa minda
Berteraskan I.C.T
Sekolah Bestari
Namamu sentiasa di hati
Keranamu Malaysia
Sebangsa, bersama kita kecapi
Malaysia negara jaya