"1 SEKOLAH 1 BLOG KE ARAH TRANFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING"

Followers

Protected by Copyscape Online Plagiarism Test

BICARA BONDA


Pengetua; Pn Hjh Wan Kelsum binti Wan Hitam
Bismillah-ir-Rahman-ir Rahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam 1Malaysia
Pada tahun 1995 konsep sekolah berkesan mula diperkatakan dalam kalangan ahli akademik. Sekolah berkesan ditakrifkan sebagai sebuah sekolah yang mencapai kejayaan yang melebihi sasaran dalam bidang akademik dan seterusnya disokong oleh kemantapan kokurikulum. Ini semestinya akan menonjolkan sekolah berkualiti yang dapat memuaskan hati semua pihak. Justeru, sebagai pemimpin sekolah, usaha untuk mewujudkan suasana dan persekitaran yang menyokong pengajaran dan pembelajaran, mengamalkan sistem pengukuhan yang positif, mengamalkan pemantauan yang bersistematik dalam usaha mencorakkan sekolah sebagai sebuah organisasi yang mantap menjadi amalan.
Sejajar dengan perkembangan pendidikan yang pesat dan dinamik seterusnya bagi menangani pengaruh globalisasi dengan mengambil kira elemen sekolah berkesan dan berkualiti, Sekolah Menengah Kebangsaan Matang (SeMAT) telah merangka satu perancangan strategik bagi tempoh lima tahun iaitu bermula 2009 hingga 2013. Memikirkan usaha melahirkan modal insan yang cemerlang, visi sekolah ialah SeMAT Bestari Berdaya Saing Dan Tersohor Menjelang 2013 diharap dapat digapai sama ada dalam bidang akademik, kokurikum dan sahsiah pelajar.
Akhir sekali sekalung penghargaan dan rakaman jutaan terima kasih kepada semua individu yang telah berusaha keras dan mencurahkan segala kepakaran dalam persiapan sekolah menyertai Anugerah Sekolah Cemerlang 2009. Semoga ini sebagai satu permulaan yang positif dan diharapkan akan menjadi suatu kesinambungan kecemerlangan untuk warga sekolah.
(HJH. WAN KELSUM BINTI WAN HITAM)
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Matang.